aku taw mak sedih selepas pemergiannya smalam..tepat pukul 12.15 pagi dia meninggalkan kami semua.pertama kali, aku melihat mak menangis tanpa henti.aku sebak.pak jang terletak di bawah jagaan mak selepas penceraianya bersama isterinya beberapa tahun yang lalu.seingat aku lapan tahun rasanya.pak jang keseorangan dan semakin hari dia semakin hilang punca hidup.mak pada masa itu,memilkul tanggungjawab yang berat untuk menjaganya.setiap hari,mak tidak pernah mengabaikan makan minumnya.rungutan dan keluhan daripada mak tidak langsung ku dengar.kadang-kadang,aku merasakan pak jang memberi beban kepada mak kerana dia juga ada kakak dan abang yang lain bukan hanya mak sorang.tapi,mak mesti marah kalau aku cakap macam tu.mak ckp,memang ada yang lain.tapi dia miskin.lumrah alam,yg miskin dihina tapi yang kaya diagung agungkan.aku dah besar,dan aku paham maksud mak.aku taw mak terlalu rindukan pak jang.mak ckp,mak x jaga pak jang baik-baik selama nih.tp semua orang taw.mak jaga pak jang lebih dari anak sendiri.pak jang telah disahkan strok dibahagian paling besar otak.menurut doktor,pak jang tiada harapan untuk hidup lagi dan hanya mampu bertahan beberapa hari saja.mak menitiskan air mata dan terus mengucup dahi pak jang.mak minta memaaf kepadanya tetapi malang pak jang dalam keadaan koma sehingga hembusan nafas terakhirnya pada 27 mac 2010..mak menunggunya di saat akhir hidupnya di hospital tanpa mengenal erti penat.pak jang hanya mampu bertahan 3 hari setelah disahkan diserang strok..aku akan sentiasa berdoa yang pak jang tergolong dalam golongan yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.amin..
mak adalah insan yang paling mulia aku pernah jumpa.ketabahannya melalui liku-liku hidup akan menjadi semangat untuk aku terus berjaya..
Saturday, March 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuhan lebih sygkan dia.
ReplyDelete